Logo myUTeM

FAQ SISTEM KEHADIRAN PELAJAR (ATTENDIFY)

myUTeM akan mendaftarkan satu ID unik untuk setiap pengguna sewaktu instalasi kali pertama. Ini bermakna, hanya satu ID pengguna sahaja dibenarkan untuk satu peranti. ID anda akan disekat selama 24 jam sekiranya:

  • Anda log keluar dan menggunakan ID lain untuk log masuk ke dalam myUTeM
  • Anda log masuk pada dua peranti yang berbeza
  • Anda uninstall dan install semula myUTeM pada peranti anda

Bagi pengguna-pengguna Android, selepas memuat turun myUTeM daripada Play Store, sila semak di bahagian Settings > Apps > myUTeM dan pastikan fungsi Storage dan Camera telah diaktifkan pada bahagian permission

Sila pastikan bahawa kata laluan yang betul telah dimasukkan. Sekiranya anda pasti bahawa kata laluan yang dimasukkan adalah betul, sila pastikan yang tiada tanda space selepas no matrik anda. Seandainya semua ini telah disemak dan masalah masih timbul, sila reset kata laluan portal anda di helpdesk Pejabat Teknologi Digital

ISU PENYELESAIAN
Makluman: Kod tidak sah Sila imbas semula kod QR yang dipaparkan. Sekiranya ralat yang sama berulang, sila pastikan yang anda mempunyai capaian internet yang stabil dengan menggunakan wi-fi ataupun data mobile
Kod QR tidak berjaya diimbas Pastikan jarak yang bersesuaian di antara telefon pintar dan skrin. Pastikan juga pencahayaan yang tidak terlalu terang pada skrin, kerana ini mungkin juga mengganggu proses mengimbas.
Masalah pada telefon pintar (tertinggal, tiada bateri ataupun versi Android/iOS yang tidak disokong oleh myUTeM) Kehadiran boleh dimasukkan secara manual di dalam aplikasi web